Wednesday, July 22, 2009

Aksi2 comel Mujahid,Amin & Haziq

Gmb2 ni diambil sms ari ulang thn haziq yg ke 2...Tgkla gelagat masing2 apabila bermain..mmg x kering gusi kami melihat..mcm2 posing...

mujahid+amin+haziq..yeay..sume da besar..

mujahid gigit kete mainan..itu bkn makanan la sayang..

aksi amin wif senapang..nk pegi berperang kat mane tu amin?

haziq,tutup mulut tu..nnt masuk lalat..ops..

mujahid wif auntie ain

MUJAHID kene injection


Smlm aku n hubby cuti..coz nk bwk MUJAHID pegi klinik utk amik injection..kami bertolak dr umh kul 9 pg..kami pegi klinik kesihatan shah alam kat sek.7.Actually blh je kami nk amik injection kat klinik panel hubby..tp hubby lbh prefer gov clinic..kl just nk timbang berat & check up biase,blhla kl nk g private clinic..aku ok je since die da sanggup ikut jgk..aku bkn x nak g gov clinic ni, tp bayangla...kul 9.30 ktorg smp,kul 1 tgh ari br sdh..dahla tmpt menunggu sume penuh..nk tau mcm mana MUJAHID after kene cucuk????hurrmmm...die meraung satu klinik blh dgr...sume org pandang..huhu..tp 3 min pastu,die blh senyum n lambai2 tgn..hehe..msk kete terus nk susu...

MUJAHID da besar..yeayy..

Alkisahnye..

Suami ku OT pd ari Ahad..Huhu..Kesian Mujahid x dpt main2 ngn papa arini..Pagi tu die sibuk 'mengemas' brg mainan die.Aku ke dapur,die pn ikut ke dapur..aku panjat tangga,die pn nk panjat tangga..Asyik nk berkepit ngn aku jer..Anak mama ni manja betol dgn mama ye..Kul 2 nnt kami akan ke umah kaklia kat puncak alam..kaklia ni sepupu hubby aku..die wat mkn2 sikit celebrate besday ank die,haziq..Actually besday haziq bln 6 aritu tp bln ni br ibu n ayh die dpt celebrate..kami pegi umh die dgn abg hubby..Smp sana, trs mkn sbb da lapar sgt2..ade bihun goreng, ayam masak pedas, n plg best ade mee bandung n kek coklat..hurm.yummy..



cbuk nk panjat tangga jgk



abes disepah sume gmb

tgg "abah" (abg hubby) dtg amik..

beday boy..haziq

Sunday, July 19, 2009

Pegi UMP


ari Sabtu,18th July br ni,kwn hubby, Fatah ajak ktorg pegi ump.Actually adik die study kat Ump n die nk htr brg sikit kat adik die tu..aku mmg excited sgt2 nk ikut dgn harapan dpt jmp kwn aku,zaleha n her daughter n also my x-roommate, maria..Tp malangnya,sume skali aku x dpt jmp...very sad...xperla..nextimela kot..Smp UMP jam 3 ptg..mmg da byk berubah..dulu,ms aku belajar,bangunan ade bbrp ketul je.skg da berketul2..huhu..cantik plk tu..trase mcm nak blj blk je kat situ...lps je hntr brg,kami lepak jap kat cafe..x sangka abg yg jual air kat cafe tu stil ingat kat kami..hehe..femes jgk kami ni ye..lbh kurang stgh jam kat cafe,kami pn bertolak blk..walaupon skjp je dpt pegi,tp aku puas n gembira coz akhirnye tercapai jgk hasrat aku nk jejak kaki kat UMP stlh hampir 3 tahun aku graduate...

N yg plg best, anak aku pn dpt kenal universiti mama papa die..hehe

Thursday, July 16, 2009

~TIPS RANSANG ANAK BIJAK~

Tips ni aku copy from mrsnzam.blogspot, If she reads my blog, i want to wish many thanks coz the following tips gave good info for me as a mum 4 my baby..So, seperti awk jgk, i also want to share dis good info 4 the other bloggers..Semoga bermanfaat utk mereka especially kepada mereka yg sudah menjadi mummy & daddy..

1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali.. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")
35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

So, praktiklah segala tips di atas kpd anak2 anda..Semoga Allah kurniakan kepada anda anak yg bijak & soleh..Amin..

My wedding day

Just to share.. About my wedding day on 17th & 18th March 2006 ..
Jumaat malam, 17th march 2006
Ari tersebut adalah hari pernikahan aku wif my beloved, Muhamad Noh bin Ruslan..Dengan 2 kali lafaz, barulah aku sah menjadi isteri..Huhu..gugup betul my hubby nak lafaz akad nikah..smp 2x kali lafaz...hehe..

Majlis Akad Nikah

Sabtu, 18th March 2006

Hari tersebut adalah hari besar bagi kami berdua..Kami berpakaian serba biru dgn hantaran biru+purple. Ramai jgk kwn2 kami dari UMP yg dtg...TQ sume kerana sudi hadir memeriahkan majlis kami ni..Even majlis kami diadakan serba sederhana (maklumlah student lg..huhu) tp kami rs ia ckp meriah..


My fwens

Haa..Ini plak hadiah special dr my fwens..

Hantaran sponsored by my fwens..

Comel kan?


Febuari,2007

Majlis Sambut menantu yg diadakan di Dewan Sirim Shah Alam.


Alhamdulillah..Now, da masuk tahun ke 3 usia perkahwinan kami & telah dikurniakan baby yg comel & sihat..Hopefully, hubungan kami akan kekal untuk selamanya...Amin..

~Eyta Loves Noh forever~

Wednesday, July 15, 2009

PENGHIJRAHAN MALEK NOOR




SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa."Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting."Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya."Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat."Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal."Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.Zaman kanak-kanakMungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari."Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai."Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama."Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC."Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari."Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya."Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana."Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan."Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang."Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda."Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang."Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran."Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu."Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia."Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana."Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam."Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999......

Tuesday, July 14, 2009

Betul jgk kan..

Baru2 ni aku ade bace satu blog hamba Allah tu..Actually aku da lupe nama blog tu...aku tertarik dgn soalan yg ditanya oleh reader blog die tu & jwpn yg diberi oleh reader yg lain..
Soalannya mcm ni..

apakah cara lain untuk menambat hati suami jika semuanya sudah saya laksanakan sejak bergelar isteri?dan bagaimana nak memotivasikan diri sendiri untuk sentiasa menerima hakikat bahawa suami tiada masa untuk menzahirkan rasa kasihnya kerana terlalu sibuk mencari rezeki. bagaimana agaknya saya patut menerima dengan seredhanya akan hakikat itu? saya seorang surirumah dan belum lagi dikurniakan cahaya mata.saya teramat menyayangi dan mencintai suami saya tapi dia x ada masa untuk saya. masa lapangnya akan digunakan untuk beriadah bersama rakan2 ataupun tidur di rumah. masa untuk saya hanya 5minit sebelum tidur dan 5minit selepas bangun.masa itu pun sudah saya penuhi untuk menzahirkan betapa saya mengasihi dia dengan mengurut seluruh badan dan kepalanya kerana saya tahu dia keletihan. jadi bagaimana untuk mengajar diri supaya menerima ketentuan Allah dengan rutin hariannya yang sebegitu?saya sering rasa bosan dan sunyi.malah saya kerap menangis dan rasa tidak disayangi. nasihati saya…
Jawapannya plak..
assalamualaikum,
saya fikir, puan zu harus pertama sekali, menanamkan dalam diri puan, bahawa kasih dan sayang puan pada suami adalah kerana Allah taala. ini kerana, hanya dengan perasaan cinta yang tinggi pada Allah yang akan memungkinkan puan merasa redha dengan kekurangan suami puan dan cuaca rumahtangga puan. bermaksud, kalau puan terima perkahwinan dan jodoh puan adalah dari anugerah Allah SWT, puan akan melaluinya dengan mengharapkan kasih sayang dari Allah bukan mengharapkan kasih sayang dari suami. hanya Allah yang dapat mewujudkan perasaan itu dalam hati suami puan.
sekiranya puan merasa sunyi dan bosan, dan puan menggunakan masa kesunyian dan kebosanan itu dengan membasahai diri puan dengan wuduk dan bersujud kepada Allah, saya fikir, mungkin puan tidak sempat untuk merasakan betapa pantasnya masa berlalu sehingga puan dapat bersiap untuk menerima kepulangan suami dari tempat kerja nya.
apa-apa pun lakukan dengan ikhlas dan sabar. kata ustaz zahazan, bersabar itu adalah berpuasa dan bersolat. insyaAllah, kalau dunia yang kita cari, dunia lah yang kita mungkin dapat. tapi, kalau akhirat yang kita cari, insyaAllah, dunia dan akhirat sama2 dapat kita kecapi.
insyaAllah
Lps je baca, aku pk sejenak...Betul jgk kan?..Apa slhnya waktu2 yg terluang tu kter buat pengisian cthnya bc Al Quran, solat sunat..Aku bersyukur sgt kerana terbaca blog tu..& if empunya blog tu terbaca blog aku ni..TQ byk2 ye..Blog anda telah menginsafkan saya..

My MD aka my Boss going to Hanoi, Vietnam

My Big Boss ade bisnes trip kat Hanoi selama 3 ari..Selasa,Rabu & Khamis..Arini plk,my 2nd boss MC..Hurm,boring sgt2..aku da x larat nk mengadap DBA ni..ari2 sourcing..sourcing..So,aku amik peluang ni utk update blog aku ni..hehe..
Ape aku nk share arini ye..ermmmmmm..haa..aku nk perkenalkan antara ofismate aku di Vas Aero ni..Check it out..
Shida (Praktikal stdnt merangkap assistnt aku)


Elis (Account Assistant) aka Beday girl


Wan (Org kuat company..bab2 comp,purchasing blh tny die) Tp suke tdo + bergayut wif tunangnye

Muz (International Executive aka secretary DATUK)

Nadia (Praktikal stdnt merangkap assistant En Rahim)
Mcm rajin je sume wat kije time aku amik gmb (except gmb wan)..tp wat kije ke????????hehe..

My Fil masuk ward :-(

Actually smlm aku n my hubby puase..Mcm biasa my hubby akan amik mujahid kat taska dulu br amik aku kat opis..Ms hubby smp opis aku, aku nmpk muke die lain mcm jerkk..aku naik je kete,my hubby ckp ayh suh hntr die ke hospital putrajaya becoz high blood pressure. Ms tu my fil kat Klinik Aman..SO, kami bwk ayh pegi hsptl..Smp je hsptl, azan maghrib berkumandang..nasib baik hubby aku da siap beli kuih,kami mknla ape yg ade utk berbuke..Sementara hubby htr my fil g check up dkt emergency, aku wif mujahid stay dlm kete..x smp 15min,my hubby ajak klua g solat,kami gilir2 solat sbb nk jage mujahid..Kul 8.30 mlm,Dr xbg result lg..Mujahid da mengamuk..asik nk suh mama die dukung jerk.kl papa dukung die nangis..last2 aku bwk die pegi surau..nasib baik xde org dlm surau,aku bg je die merangkak dlm surau tu..n then, die pegi kat cermin besar dlm surau tu..ble nmpk die dlm cermin,die sengih sambil angguk2 kepala die..Aku plk x de kije,cbuk amik gmb die.











Lbh kurang kul 9.30 mlm, abg my hubby yg duk Putrajaya smp kt hospital. my fil kene tahan ward sbb tekanan darah terlalu tinggi.. Kesian my fil..Sejak arwah my mil meninggal, my fil sll sakit2..Maybe die terlalu rs "kehilangan" dlm hidup die..


Kepada my fil "Semoga ayah cepat sembuh"..




Thursday, July 9, 2009

10 PERKaRa MENaRIK ABOUT MUJaHID ~11 MONTHS

1. Apabila die try to take something & kter mrh die,die akn stop & mrh kter blk sambil angkat tgnnye...

2. Apbl aku kuar dr opis bler blk dr kije, dr jauh aku akn nmpk mujahid tersengih2 memandang ke arah aku dr dlm kete (wif his papa). Bler msk dlm kete, cpt2 die nk aku amik die,sambil merengek2..hurm..nk susu la tu..nakal ank mama ni...
3. Mulut dier x pnh diam..asik berbunyi je..ta..ta..pu..pu..apala yg disebutnye..

4. Die suke dgr azan..apabila dgr azan,die akn pandang TV smp la azan tu abis..Bagus anak mama...


5. Die suke tgk kartun..tgkla gmb die tu time tgk kartun..
kusyuk mujahid tgk TV

6. Mujahid suke mkn..apa yg mama & papa die mkn,sume die nak..smp kan sampah2 atas lantai dikutipnye masuk dlm mulut..so, moral of the story, lantai umh ku mestilah sentiasa bersih..huhu

7. Mujahid suke main handpon..dr die umur 3 bln lg...kalo nangis,bg handpon trs diam..kalo die main je xper, tp die masukkan handpon tu ke dlm mulut die...huhu..

8. Mujahid suke tdo awal...lps maghrib je trs tdo..& die akn bgn seawal 4-5 pg..mule lah die merayap kejutkan papa & mama nye...

9. Mujahid suke merangkak masuk bilik mama&papa utk bermain charger handpon..Letih betul nak kutip die..

10. Mujahid suke duduk taska sbb kat taska ramai kwn2..mujahid glamer di taskanye becoz his nice name.."mujahid"..smp kan ade some kids there called him "mujahat'..nakal budak tu ye..nasib baik ko kecik..hehe..

Wednesday, July 8, 2009

Rindu nak makan sume ni...

Hurmm..Blk trg br2 ni akhirnye dpt jua aku mkn favaurite food aku iaitu kueyteaw soup jumbo. Sejak pindah ke Shah Alam ni,bln Sept'08, time blk trg,aku sll terlepas nk mkn fav food aku ni..kedai tutupla, x sempat pegi la..tp blk br ni,aku dpt jgk mkn akhirnye...huhu..Alhamdulillah..Tp kl dpt mkn bersama2 kwn2 kat PTPL dl lg besh...ktorg sll mkn soup jumbo ni bersama2 time lunch..Sbb knl soup jumbo ni pon ms kije kat PTPL..x silap kak imah yg kenalkan..tq kak imah..

Selain soup jumbo, aku suke mkn yeemee hotplate..char kueyteaw & kuey teaw kungfu..bestnye kl dpt mkn skg..perut tgh lapar ni..Ape kate kter jenguk2 menu kegemaran aku ni..mane tau korang nk try mkn jgk..

Friday, July 3, 2009

Blk kg..

x sbrnye nk blk trg mlm nie... aku,my hubby,mujahid wif my cousin will go back to trg..yeayy..blk kg..we blk utk 2 ari je.actually br je blk end of may br ni,tp tetibe je my cousin sms ajak blk..pk pny pk,kl blk blh mkn buah durian+rambutan,so dgn senang ati nye aku menerima pelawaan itu..hehe..lgpon aku rindu jgk pd family aku especially 2 org my cute niece..kamelia n syamimi..aku suke tgk telatah diorg berdue..diorg suker gadoh..umur diorg da nk msk 2 taun..beza 2 bln je.si kamelia ni lahir bln 8 n syamimi bln 9..syamimi ni bdn chubby sikit tp si kamelia sll buli die..yg peliknye,si syamimi ni x pnh melawan.yg die tau menangis je bler kene gigit/cubit dek kamelia..aduhh..hrp bdn je besar..syamimi..syamimi..mak alang rindula kat kamu berdua..x sabar nk jmp kamu esk..mak alang ade belikan adiah tau utk kamu berdua..ini adiahnye..teng..teng..

kaler brown syamimi pny, pink kamelia pny..

Thursday, July 2, 2009

Martial Art

Martial art..Martial Art..suke btl hubby aku ni ngn martial art..Berikut adlh list of his favourite martial art...

1.Taekwando (black belt taw..)
2.Boxing
3.Silat gayung

now,every night of Sunday,Wednesday & Friday, my hubby pegi training silat at Sek 17 & 7..& the latest, katenye nk msk competition..so, skg die tgh berusaha nk decrease die punye weight to 50++..hrp2 usaha abg berhasil yer..chaiyok2..

Ni la rupe Pendekar Noh ..encem x..huhu




Pendekar Noh

& Pendekar to be..soon..Pendekar Mujahid...

^

^

^

^

Pendekar Mujahid

Wednesday, July 1, 2009

Daily menu 4 mujahid

Menu bubur mujahid


1. Beras 1 genggam
2. Air 2 cawan
3.Sedikit ikan bilis
4.Sedikit daging ayam
5. Ubi kentang
6. Minyak masak 1 sudu teh


Cara membuat:
1. Basuhkan beras & mskkn dlm periuk bersama 2 cawan air
2. Masukkan kesemua bahan & tunggu hingga mendidih.
3. Kacau sekali sekala & jika perlu tambah air.
4. Letak garam sikit.
5. Da nmpk mcm bubur tu, angkat & blend..(mujahid xde gg lg,so kene la blend..huhu)

Bila siap hidangkan dlm mangkuk comel. Hasilnye...

kemudian aku akn pgl mujahid utk makan sambil menunjukkan mangkuk bubur tu. Die dgn cptnye akn merangkak meluru ke arah mamanye...huhu...suke mkn bubur mama buar yer..

10 minit kemudian..




Habis licin..& inilah muke comot mujahid yg sudah kenyang..yeayy...


Sekian terima kasih.


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.