Tuesday, July 14, 2009

Betul jgk kan..

Baru2 ni aku ade bace satu blog hamba Allah tu..Actually aku da lupe nama blog tu...aku tertarik dgn soalan yg ditanya oleh reader blog die tu & jwpn yg diberi oleh reader yg lain..
Soalannya mcm ni..

apakah cara lain untuk menambat hati suami jika semuanya sudah saya laksanakan sejak bergelar isteri?dan bagaimana nak memotivasikan diri sendiri untuk sentiasa menerima hakikat bahawa suami tiada masa untuk menzahirkan rasa kasihnya kerana terlalu sibuk mencari rezeki. bagaimana agaknya saya patut menerima dengan seredhanya akan hakikat itu? saya seorang surirumah dan belum lagi dikurniakan cahaya mata.saya teramat menyayangi dan mencintai suami saya tapi dia x ada masa untuk saya. masa lapangnya akan digunakan untuk beriadah bersama rakan2 ataupun tidur di rumah. masa untuk saya hanya 5minit sebelum tidur dan 5minit selepas bangun.masa itu pun sudah saya penuhi untuk menzahirkan betapa saya mengasihi dia dengan mengurut seluruh badan dan kepalanya kerana saya tahu dia keletihan. jadi bagaimana untuk mengajar diri supaya menerima ketentuan Allah dengan rutin hariannya yang sebegitu?saya sering rasa bosan dan sunyi.malah saya kerap menangis dan rasa tidak disayangi. nasihati saya…
Jawapannya plak..
assalamualaikum,
saya fikir, puan zu harus pertama sekali, menanamkan dalam diri puan, bahawa kasih dan sayang puan pada suami adalah kerana Allah taala. ini kerana, hanya dengan perasaan cinta yang tinggi pada Allah yang akan memungkinkan puan merasa redha dengan kekurangan suami puan dan cuaca rumahtangga puan. bermaksud, kalau puan terima perkahwinan dan jodoh puan adalah dari anugerah Allah SWT, puan akan melaluinya dengan mengharapkan kasih sayang dari Allah bukan mengharapkan kasih sayang dari suami. hanya Allah yang dapat mewujudkan perasaan itu dalam hati suami puan.
sekiranya puan merasa sunyi dan bosan, dan puan menggunakan masa kesunyian dan kebosanan itu dengan membasahai diri puan dengan wuduk dan bersujud kepada Allah, saya fikir, mungkin puan tidak sempat untuk merasakan betapa pantasnya masa berlalu sehingga puan dapat bersiap untuk menerima kepulangan suami dari tempat kerja nya.
apa-apa pun lakukan dengan ikhlas dan sabar. kata ustaz zahazan, bersabar itu adalah berpuasa dan bersolat. insyaAllah, kalau dunia yang kita cari, dunia lah yang kita mungkin dapat. tapi, kalau akhirat yang kita cari, insyaAllah, dunia dan akhirat sama2 dapat kita kecapi.
insyaAllah
Lps je baca, aku pk sejenak...Betul jgk kan?..Apa slhnya waktu2 yg terluang tu kter buat pengisian cthnya bc Al Quran, solat sunat..Aku bersyukur sgt kerana terbaca blog tu..& if empunya blog tu terbaca blog aku ni..TQ byk2 ye..Blog anda telah menginsafkan saya..

No comments:

Post a Comment