Friday, June 24, 2011

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia.


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. Gambaran Hari Kiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. sumber daripada : Amar Sufi

Sometimes...

Sometimes, Allah breaks your spirit to save your soul.
Sometimes, HE breaks our heart to make us whole.
Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves.
Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us.
Make plans but understand that we live by Allah’s grace. Ameen.

Tuesday, June 21, 2011

Kesian Muslihah x blh tido mlm td

Malam tadi muslihah meragam,tp dia menangis sopan je..xde menangis kuat2 mcm abg long dia waktu bayi dulu..dia nangis pun kejap je,aku angkat riba,goyang2 sikit nak ulit dia bg tido,trs diam..bila dia terlelap,aku letak kat tilam dia,x smp 20minit dia jaga n nangis blk..aku plk xtau apa yg x kena,sbb pampers dia aku da tukar sbb dia berak,da sapu minyak kat perut dia,da bg susu smp dia termuntah..siap kuar susu dr hidung lg..byk plk tu..dah makin menjadi plk selsema dia..da la selsema dia dr dlm pantang aritu smp arini x sembuh2 lg..aku pon duk ulang je la,bila dia nangis,angkat ltk atas riba,ulit2 jap,dia tido,letak ats tilam..dia nangis lg,aku angkat lg..smp la ke pagi..pagi tu,umi aku call,n aku bgtau muslihah asik nangis dr mlm td x blh tido...umi aku ckp mungkin perut kembung..dia mintak aku tuam dgn kain panas..aku pon amik seterika,letak kain lampin dia,pastu agak2 suam,aku tuam kat perut dia..amik ko..byk dia kentut..lbh kurang 15minit aku tuam,aku letak dia atas tilam,elok je tido..da x nangis2 da..hurmmm..kesian muslihah,knp la dr mlm td mama x tuam perut sayang..kalo x kita berdua da blh tido lena kan??

(mlm td,setiap kali bgn nk tidokan muslihah yg menangis,mesti pandang kat suami n mujahid..bestnya mereka berdua tido...huhu)

Tuesday, June 14, 2011

Pengalaman melahirkan Siti Muslihah Nazifa


Just nak share pengalaman aku semasa melahirkan anak kedua aku,Siti Muslihah Nazifa.Sebelum ni aku melahirkan Mujahid secara ceaseran.Untuk anak ke 2 ni aku nak cuba secara normal walaupun aku tahu aku tidak yakin 100% untuk melakukannya.Semasa kandungan aku masuk ke minggu 38,aku diarahkan untuk masuk ward lebih awal.Ini kerana aku mengalami diabetes semasa mengandung dan kebiasaanya ibu mengandung yang ada diabetes disarankan melahirkan anak tidak melebihi minggu ke 40 kerana berisiko bayi besar.
Seperti yang diarahkan,masuk je minggu 38,x silap aku masa tu hari Jumaat,8 April 2011 aku ke hospital.Masa tu,suami aku da siap2 ambil cuti untuk hantar aku ke hospital.Selesai pemeriksaan untuk kemasukan ke ward,doktor menyatakan aku masih belum ada tanda2 akan bersalin.Pada hari ke 2,doktor pakar membuat pemeriksaan bagi setiap patient di ward.Doktor maklumkan kepada aku,setiap ibu mengandung yg ada diabetes,pd minggu ke 38,doc akan masukkan ubat untuk tujuan bukaan faraj bagi mempercepatkan proses kelahiran.tetapi memandangkan aku pernah membuat pembedahan,doc akan memasukkan tiub di bahagian faraj bagi tujuan tersebut bg mengelakkn berlaku komplikasi pada parut pembedahan.tgh hari pd hari yg sama,nurse memanggil aku masuk ke bilik rawatan untuk 'check jalan'.Semasa pemeriksaan tersebut,doc bgtau 'bukaan faraj' masih ketat dan maklumkan kpd aku,jika dimasukkn tiub ke bahagian tersebut,kemungkinan utk 'faraj terbuka' adalah sifar.Doc menasihatkan aku untuk pulang dulu ke rumah kerana maybe blm smp masa aku nk bersalin lg,dan hasil dari scan,size bb aku adalah normal.aku blk ke rumah,dan diminta dtg blk pd 20 April.

Suami aku blk ke Shah Alam,dan blk semula ke Terengganu pd 20 April.Pd 20 April,aku msk ward blk,dan pd hari tersebut doc check bukaan faraj baru 1cm.Pada 21 April,doc check jalan,still 1cm n pd hari tersebut doc memasukkan tiub di bahagian faraj aku.Doc inform,bila bukaan faraj sudah terbuka sebyk 3cm,tiub tersebut automatik akan tercabut.Jika tidak tercabut,doc akn tanggalkan pd keesokkn pg.Tunggu punya tunggu,tiub tersebut x tertanggal pon,last2 esk pg doc tanggalkan.doc check jln,YES..dah 3cm.Doc kata,tunggu labour room kosong,aku akan dipanggil utk proses kelahiran secara paksa.huhu..menakutkan je..23 April,still tiada panggilan drpd labour room,bila aku tny nurse,rupe2nya ada 5 org patient yg menunggu seperti aku..Alamak,lama lg ke nk bersalin...nurse bgtau,kl da ada tanda nk bersalin,mcm pecah air ketuban atau sakit setiap 5minit..aku blh dimasukkn trs ke labour room.Bosan giler duk dlm ward tu,dah la x sakit..sebelah bed aku ni,da brp kali patient bertukar ganti.Last2,24 April jam 3.30am,tiba2 je rs mcm byk air keluar dari bawah...Pelik jgk aku terkencing ke..jernih smcm je air ni..Panggil nurse,nurse ckp tu air ketuban.cpt2 nurse panggil doc utk check jln..Bila doc check jln,bukaan masih 3cm,doc ckp tunggu dulu sbb labour room penuh..huhu,,Nasib baik x sakit,kalo sakit mahu jgk aku mengamuk kat situ,apsal ramai sgt org nk beranak time ni..asik penuh jer,,,aku blk ke bed aku blk utk samb tido,br je nk naik ats bed,keluar lg air ketuban tu..haiyaa,,,camne ni,,,apsal byk sgt air ni nk kuar..aku panggil nurse,nurse kata jomla saya htr msk labour room,awk tunggu je kat dlm sana..aku pon trs call suami aku suh dtg hospital..masuk je dlm labour room,kebetulan labour room tuk 2nd class ada 0..trs je aku ditmptkan kat situ..nasib baik..dtg doc,check buku merah aku,check jln..x smp setgh jam,aku da mula rs contraction..lbh kurang sejam duk dlm tu,aku da start rs sakit2..setiap 5minit..suami aku da slmt di sisi aku..doc check jln,baru 4cm..Ms azan subuh,suami aku minta keluar utk solat..kul 7pg,doc msk bgtau dia nk cucuk ubt tahan sakit..lps je cucuk,aku mcm mamai,n tataula aku tertido ke..yg aku tau,lbh kurang kul 9am,doc msk check jln n bgtau bukaan da 10cm..da tiba masa utk meneran..kali pertama dan kedua teran,nurse bgtau da nmpk rambut.dia suh teran lg,aku da teran tp x jd..maybe aku x pandai teran,hehe..nurse pon apa lg trs gunting..amik ko..akhirnya lahirla Muslihah ke dunia pd jam 9.52am..Ms tu tatau lg bb girl or boy..tny suami,dia jwb girl..Alhamdulillah..nk tunggu sesi menjahit plk,amik ms dekat 2jam..mahu x nya,yg nk menjahit tu rupenye doc pelatih..dia kene tunggu sister nurse dtg tgk die jahit..maybe utk proses evaluation kot..hurmm...nasib baik x sakit sgt ms diorg jahit tu..lps je jahit,doc pelatih tu bgtau jahitan smp ke blkg sbb byk terkoyak..mahu x byk,sbb bb nya besar..3.7kg..huhu..terkejut bila dgr nurse bgtau berat bb,x sangka org sekecil aku ni blh lahirkan bb seberat tu secara normal plk tu..amik ko,nk rs sgt bersalin secara normal,mmg berbaloi la..hehe...
Begitula sedikit perkongsian sedikit pengalaman aku semasa melahirkan Muslihah..nk kata fobia,x pown..tataula..rs puas kot..sbb da dpt rs dua2..bersalin secara normal dan juga pembedahan..Alhamdulillah,Muslihah x byk kerenah sepjg tempoh berpantang,mungkin da byk dugaan sblm dan semasa melahirkan dia..cuma 2minggu pertama slps bersalin,Muslihah ada mslh Jaundice,sbb mama dia berdarah '0'.siap msk ward lg 3 ari..menangis mama dia ni..yerla..Muslihah ni kerja dia tido je..bb Jaundice kena sll menyusu utk turunkan kuning dia tu,,tp disbbkan dia asik tido je,mama dia pon amik kesempatan tido jgk..last2 kuning dia naik melambung tinggi smp kena tahan ward..kesian muslihah...mmg ms tu rs bersalah sgt2 kat muslihah..sori ye sayang..

hurm,okla..cukup smp sini aku share pengalaman aku..dan inilah si empunya badan yg bernama Siti Muslihah Nazifa tu..