Tuesday, June 14, 2011

Pengalaman melahirkan Siti Muslihah Nazifa


Just nak share pengalaman aku semasa melahirkan anak kedua aku,Siti Muslihah Nazifa.Sebelum ni aku melahirkan Mujahid secara ceaseran.Untuk anak ke 2 ni aku nak cuba secara normal walaupun aku tahu aku tidak yakin 100% untuk melakukannya.Semasa kandungan aku masuk ke minggu 38,aku diarahkan untuk masuk ward lebih awal.Ini kerana aku mengalami diabetes semasa mengandung dan kebiasaanya ibu mengandung yang ada diabetes disarankan melahirkan anak tidak melebihi minggu ke 40 kerana berisiko bayi besar.
Seperti yang diarahkan,masuk je minggu 38,x silap aku masa tu hari Jumaat,8 April 2011 aku ke hospital.Masa tu,suami aku da siap2 ambil cuti untuk hantar aku ke hospital.Selesai pemeriksaan untuk kemasukan ke ward,doktor menyatakan aku masih belum ada tanda2 akan bersalin.Pada hari ke 2,doktor pakar membuat pemeriksaan bagi setiap patient di ward.Doktor maklumkan kepada aku,setiap ibu mengandung yg ada diabetes,pd minggu ke 38,doc akan masukkan ubat untuk tujuan bukaan faraj bagi mempercepatkan proses kelahiran.tetapi memandangkan aku pernah membuat pembedahan,doc akan memasukkan tiub di bahagian faraj bagi tujuan tersebut bg mengelakkn berlaku komplikasi pada parut pembedahan.tgh hari pd hari yg sama,nurse memanggil aku masuk ke bilik rawatan untuk 'check jalan'.Semasa pemeriksaan tersebut,doc bgtau 'bukaan faraj' masih ketat dan maklumkan kpd aku,jika dimasukkn tiub ke bahagian tersebut,kemungkinan utk 'faraj terbuka' adalah sifar.Doc menasihatkan aku untuk pulang dulu ke rumah kerana maybe blm smp masa aku nk bersalin lg,dan hasil dari scan,size bb aku adalah normal.aku blk ke rumah,dan diminta dtg blk pd 20 April.

Suami aku blk ke Shah Alam,dan blk semula ke Terengganu pd 20 April.Pd 20 April,aku msk ward blk,dan pd hari tersebut doc check bukaan faraj baru 1cm.Pada 21 April,doc check jalan,still 1cm n pd hari tersebut doc memasukkan tiub di bahagian faraj aku.Doc inform,bila bukaan faraj sudah terbuka sebyk 3cm,tiub tersebut automatik akan tercabut.Jika tidak tercabut,doc akn tanggalkan pd keesokkn pg.Tunggu punya tunggu,tiub tersebut x tertanggal pon,last2 esk pg doc tanggalkan.doc check jln,YES..dah 3cm.Doc kata,tunggu labour room kosong,aku akan dipanggil utk proses kelahiran secara paksa.huhu..menakutkan je..23 April,still tiada panggilan drpd labour room,bila aku tny nurse,rupe2nya ada 5 org patient yg menunggu seperti aku..Alamak,lama lg ke nk bersalin...nurse bgtau,kl da ada tanda nk bersalin,mcm pecah air ketuban atau sakit setiap 5minit..aku blh dimasukkn trs ke labour room.Bosan giler duk dlm ward tu,dah la x sakit..sebelah bed aku ni,da brp kali patient bertukar ganti.Last2,24 April jam 3.30am,tiba2 je rs mcm byk air keluar dari bawah...Pelik jgk aku terkencing ke..jernih smcm je air ni..Panggil nurse,nurse ckp tu air ketuban.cpt2 nurse panggil doc utk check jln..Bila doc check jln,bukaan masih 3cm,doc ckp tunggu dulu sbb labour room penuh..huhu,,Nasib baik x sakit,kalo sakit mahu jgk aku mengamuk kat situ,apsal ramai sgt org nk beranak time ni..asik penuh jer,,,aku blk ke bed aku blk utk samb tido,br je nk naik ats bed,keluar lg air ketuban tu..haiyaa,,,camne ni,,,apsal byk sgt air ni nk kuar..aku panggil nurse,nurse kata jomla saya htr msk labour room,awk tunggu je kat dlm sana..aku pon trs call suami aku suh dtg hospital..masuk je dlm labour room,kebetulan labour room tuk 2nd class ada 0..trs je aku ditmptkan kat situ..nasib baik..dtg doc,check buku merah aku,check jln..x smp setgh jam,aku da mula rs contraction..lbh kurang sejam duk dlm tu,aku da start rs sakit2..setiap 5minit..suami aku da slmt di sisi aku..doc check jln,baru 4cm..Ms azan subuh,suami aku minta keluar utk solat..kul 7pg,doc msk bgtau dia nk cucuk ubt tahan sakit..lps je cucuk,aku mcm mamai,n tataula aku tertido ke..yg aku tau,lbh kurang kul 9am,doc msk check jln n bgtau bukaan da 10cm..da tiba masa utk meneran..kali pertama dan kedua teran,nurse bgtau da nmpk rambut.dia suh teran lg,aku da teran tp x jd..maybe aku x pandai teran,hehe..nurse pon apa lg trs gunting..amik ko..akhirnya lahirla Muslihah ke dunia pd jam 9.52am..Ms tu tatau lg bb girl or boy..tny suami,dia jwb girl..Alhamdulillah..nk tunggu sesi menjahit plk,amik ms dekat 2jam..mahu x nya,yg nk menjahit tu rupenye doc pelatih..dia kene tunggu sister nurse dtg tgk die jahit..maybe utk proses evaluation kot..hurmm...nasib baik x sakit sgt ms diorg jahit tu..lps je jahit,doc pelatih tu bgtau jahitan smp ke blkg sbb byk terkoyak..mahu x byk,sbb bb nya besar..3.7kg..huhu..terkejut bila dgr nurse bgtau berat bb,x sangka org sekecil aku ni blh lahirkan bb seberat tu secara normal plk tu..amik ko,nk rs sgt bersalin secara normal,mmg berbaloi la..hehe...
Begitula sedikit perkongsian sedikit pengalaman aku semasa melahirkan Muslihah..nk kata fobia,x pown..tataula..rs puas kot..sbb da dpt rs dua2..bersalin secara normal dan juga pembedahan..Alhamdulillah,Muslihah x byk kerenah sepjg tempoh berpantang,mungkin da byk dugaan sblm dan semasa melahirkan dia..cuma 2minggu pertama slps bersalin,Muslihah ada mslh Jaundice,sbb mama dia berdarah '0'.siap msk ward lg 3 ari..menangis mama dia ni..yerla..Muslihah ni kerja dia tido je..bb Jaundice kena sll menyusu utk turunkan kuning dia tu,,tp disbbkan dia asik tido je,mama dia pon amik kesempatan tido jgk..last2 kuning dia naik melambung tinggi smp kena tahan ward..kesian muslihah...mmg ms tu rs bersalah sgt2 kat muslihah..sori ye sayang..

hurm,okla..cukup smp sini aku share pengalaman aku..dan inilah si empunya badan yg bernama Siti Muslihah Nazifa tu..



No comments:

Post a Comment